Khamis, 2 Disember 2010

Surat Terbuka Lauren Booth Untuk Tony Blair

Kehadapan Tony,

Tahniah atas memoir politik anda yang telah menjadi sebuah buku terlaris dipasaran. Saya sedang berada di Iran dan hanya memiliki salinan saja di dalam negeri. Saya dapat memberitahu anda, hal ini seperti berjuang melawan badai, nilainya sama berat dengan WMD. Note to Random House, sedang ‘Dalam Perjalanan’ diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi dan Arab secepat mungkin, ia akan tersebar ke serata dunia.

Tony, semalam saya menyertai bantahan hari Al Quds di Tehran. Anda mungkin pernah mendengar tentang hal itu? Ini adalah perhimpunan di mana rakyat Iran berkumpul untuk memprotes pendudukan haram Israel di Palestin, termasuk kota Suci Jerusalem (al-Quds).

Rabu, 24 November 2010

Andaikata....


Hari itu ada seseorang yang meninggal dunia. Seperti biasanya, jika ada sahabat yang meninggal dunia, Rasulullah pasti menyempatkan diri menghantarkan jenazahnya sampai ke liang lahad. Tidak cukup dengan itu, pada saat pulangnya, Rasulullah menyempatkan diri singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga yang ditinggalkan supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu.

Jumaat, 19 November 2010

Saya Seorang Muslim...Mengapa Anda Terkejut?


Semasa saya tiba di wilayah Arab itu untuk bekerja di pusat kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya membawa bersama pandangan yang dimiliki semua wanita berkulit putih kelas pertengahan (secara senyap atau terbuka) mengenai wanita Islam, wanita yang saya anggap tidak lebih dari sekadar jasad yang dibalut dengan jubah hitam.

Isnin, 8 November 2010

Dialog Yang Membuatkan Kita Berfikir


Seorang syeikh berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjadi ahli panel satu siri ceramah mengenai agama, teknologi dan alam semesta. ceramah itu berlangsung selama seminggu.

Suatu hari, syeikh bersama seorang kawannya menaiki teksi untuk ke dewan program tersebut. Disebabkan hari itu bermula agak lewat, sahabat syeikh meminta pemandu teksi terlebih dahulu menghantarnya ke sebuah pusat komputer. Dia ingin membeli beberapa barangan untuk komputernya.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ramai Wanita Barat Memeluk Islam


ADIK ipar Tony Blair mengumumkan dirinya memeluk Islam pada hujung minggu lalu. Wartawan, Lauren Booth, 43, juga dianggap salah seorang daripada wanita moden berkerjaya di Britain yang kian ramai memeluk Islam.

Lauren, adik tiri Cherie Blair, berkata dia kini memakai hijab apabila keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan mengunjungi masjid di kawasan setempat jika berkesempatan.

Khamis, 28 Oktober 2010

Muslimah Tak Guna


Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

muslimah tak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Rabu, 27 Oktober 2010

Andai Neraka Tiada.....

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Ahad, 17 Oktober 2010

Ringkasan Belanjawan 2011


■ Tema “Transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi”dengan menggunakan empat strategi :
  • Mendaya kembali pelaburan swasta
  • Membangunkan modal insan
  • Mensejahterakan hidup rakyat
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

Sabtu, 2 Oktober 2010

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel


Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk “Israel, let’s talk about it”, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

Kisah Wanita Bertudung Labuh


Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Sabtu, 24 Julai 2010

Wa Islama!!


Satu peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 H di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds.

Ahad, 6 Jun 2010

Doktor Aktivis HALUAN Palestin Membantu Komando Israel Yang Cedera Ketika Serangan Laut Marmara


KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.

Sabtu, 5 Jun 2010

Disebalik Pembukaan Istanbul



Pembukaan Istanbul
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
29 Mei 2010, genaplah 557 tahun kemenangan Islam di kubu pertahanan terkebal dunia, Konstantinopel di Turki. 29 Mei setiap tahun seharusnya dijadikan bukan sekadar hari memperingati kejayaan Sultan Muhammad bin Murad membuka Konstantinopel sehingga menebalkan lagi sindrom ‘hero worshipping’ umat Islam, tetapi lebih penting dari itu ia adalah hari untuk gerakan Islam melakukan muhasabah ke atas soal pemerkasaan organisasi khususnya dalam aspek produktiviti (pencapaian visi) dan kompetensi ahli-ahlinya. Juga sejauhmana agenda ‘sharpen the saw’ organisasi dengan peneluran idea-idea segar dan ‘out of the box’ diraikan mahupun dilaksanakan dengan tujuan agar gerakan Islam terus berpengaruh di dunia.

Khamis, 3 Jun 2010

Kekaburan Mengenai Holocaust


TEHERAN 22 Sept. - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, beliau bangga mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan kenyataan terbarunya menafikan Holocaust pernah berlaku ke atas kaum Yahudi di Eropah.

Rabu, 2 Jun 2010

Yahudi Zionis Menggila Lagi!!


Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"

Qunut Nazilah

Protokol Zionis sedunia


Protokol Zionis telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah "Yahudi" kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan "Kita" dan "Orang bukanYahudi". Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk "Protokol Hukama Sohyuni"

Ahad, 9 Mei 2010

Bergurau Cara Rasulullah S.A.W



Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan yang patut kita ikuti kerana firman Allah di dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud “Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.”

Mungkin kita jarang mendengar bagaimana cara Rsaulullah bergurau dengan para sahabat dan juga isteri baginda. Di sini diturunkan beberapa kisah cara Rasulullah bergurau.

Sabtu, 8 Mei 2010

Sejarah Peta Ajaib Piri Reis


Peta Piri Reis

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Istanbul, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Selasa, 13 April 2010

Imam Abu Hanifah Dan Peranan Ulama'


Ilmuan Islam sejak zaman berzaman akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Tidak semua cabarannya dalam bentuk azab dan hukuman pedih keburukkan, terdapat juga ujian dengan jawatan dan pangkat yang indah-indah serta sedap.

Menurut kebiasaannya, jika pemerintahan itu tidak sepenuhnya melaksanakan Islam. Ulama atau ilmuan Islam yang bersama mereka akan teruji dengan begitu hebat. Ujian antara pangkat, harta atau prinsip Islam.

Contohnya seperti kisah Imam Abu Hanifah yang berhadapan dengan berbagai ujian semasa berdakwah.

Sabtu, 20 Mac 2010

Iman Semut Dan Iman Manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Jumaat, 12 Mac 2010

Wasiat Sayyed Qutb


Wasiat ini ditulis oleh Sayyed Qutb sebelum beliau dibawa ke tali gantung. Renungkanlah wasiat ini semoga bermanfaat untuk kita semua.

Isnin, 8 Mac 2010

Badiuzzaman Said an-Nursi:Mujadid Abad 20


Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

Rabu, 3 Mac 2010

Lahirnya Sekulerisme


“Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan
daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat”

Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan di antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama. Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) dimatikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kepentingan duniawi. Agama Kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyanyian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai di kawasan gereja sehinnga kini.

Deraan & Kematian Syafiah : Apa Diperlukan Kini?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kes kematian kanak-kanak, Syafiah Humairah Sahari, 3, mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia, Khamis lalu, sememangnya amat mendukacitakan. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut. Bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.

Jumaat, 26 Februari 2010

Artis Bukan Ikon: Wardina



Kelmarin apabila membaca surat khabar Mingguan Malaysia (Pancaindera), saya tertarik dengan pendapat Wardina yang mengatakan bahawa golongan artis bukanlah ikon msyarakat. Bahkan beliau melahirkan rasa bimbang dengan fenomena hiburan yang terlalu banyak sekarang. Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan muda hari ini sangat terpengaruh dengan para artis. Media pula memberi ruang yang cukup luas kepada artis-artis untuk memperagakan nyanyian, lakonan dan muzik mereka sama ada di media cetak mahupun media elektronik. Sedangkan untuk menjadi bangsa yang berjaya sepatutnya masyarakat khususnya generasi muda menjadikan golongan ahli ilmu sebagai ikon dan idola. Iaitulah golongan cendiakawan, intelektual dan intelegensia sama ada mereka itu dalam kelompok ahli akademik, sasterawan, budayawan, saintis, penulis dan juga alim-ulama . Mereka ini kaya dengan ilmu pengetahuan dan idealisme. Tokoh seperti Ungku Aziz,Usman Awang, Naquib al-Attas, Dr. Danial Zainal Abidin,Prof. Kamal Hasan bahkan Tuan-tuan Guru di pondok-pondok, yang seperti mereka inilah yang sepatutnya diangkat sebagai idola dan ikon masyarakat khususnya golongan muda. Tetapi sekarang Faizal Tahir, Ning Baizura, Awie, Jamal Abdillah, Salim bahkan lawak merapu Senario yang menjadi kegilaan dan kesukaan golongan remaja. Inilah masalah kita sekarang. Kita jadikan orang yang salah sebagai ikutan dan contoh teladan kepada kita. Mungkin kebimbangan ini turut dirasai oleh Wardina sehingga dia secara terbuka menyatakan bahawa artis bukan ikon masyarakat. Sila ikuti sebahagian daripada pendapatnya di bawah:

Derhakakah Kita?

Suatu hari seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah mengenai suatu perkara. Bertanyalah sahabat itu kepada Rasulullah:

"Ya Rasulullah, siapakah yang aku patut dahulukan selepas Allah dan dirimu?"
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Selepas itu?" tanya sahabat itu.
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Selepas itu?" tanya sahabat itu lagi.
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Selepas itu?" tanya sahabat itu.
"Ayahmu," jawab Rasulullah.

Rabu, 17 Februari 2010

5 Keadaan dibolehkan Untuk Mengumpat


Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin terdapat 5 keaadan yang dibolehkan untuk mengumpat.

Pertama, apabila seseorang itu dizalimi. Orang yang dizalimi itu boleh mengadu tentang kezaliman seseorang itu kepada pihak berkuasa.

Kedua, bila meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran.

Ketiga, apabila meminta fatwa, keaiban dan kelemahan orang lain boleh disebutkan.

Keempat,apabila cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya dan kesesatan yang berlaku di sekeliling mereka.

Kelima, apabila maksiat dan kemungkaran berlaku terang-terangan

Valentine’s Day : Perayaan atau Musibah?


Seperti biasa, Valentine’s Day datang lagi. Maka berbondong-bondonglah pasangan-pasangan kekasih di seluruh dunia meraikan perayaan ini tidak terkecuali negara kita.
Seperti yang dijangka, ramailah pasangan muda-mudi Islam yang ditangkap dalam operasi membanteras maksiat yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri.

Ahad, 7 Februari 2010

Ibu Bapa Menderhaka Kepada Anak

Seorang ayah datang kepada Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a, untuk mengadu berkenaan anak lelakinya yang telah menderhaka terhadap dirinya.Khalifah Umar r.a pun memanggil si anak untuk menasihatinya.

10 wasiat Hasan al-Banna



1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

Asma'ul Husna

asma ul husna