salam

Khamis, 2 Disember 2010

Surat Terbuka Lauren Booth Untuk Tony Blair

Kehadapan Tony,

Tahniah atas memoir politik anda yang telah menjadi sebuah buku terlaris dipasaran. Saya sedang berada di Iran dan hanya memiliki salinan saja di dalam negeri. Saya dapat memberitahu anda, hal ini seperti berjuang melawan badai, nilainya sama berat dengan WMD. Note to Random House, sedang ‘Dalam Perjalanan’ diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi dan Arab secepat mungkin, ia akan tersebar ke serata dunia.

Tony, semalam saya menyertai bantahan hari Al Quds di Tehran. Anda mungkin pernah mendengar tentang hal itu? Ini adalah perhimpunan di mana rakyat Iran berkumpul untuk memprotes pendudukan haram Israel di Palestin, termasuk kota Suci Jerusalem (al-Quds).

Saya sedang menyindir dengan menanyakan apakah anda pernah mendengar tentang hari Al Quds, kerana saya tahu anda sudah mengetahuinya. Ia adalah mimpi paling ngeri bagi anda bukan? Apapun Teheran adalah tempat di mana politik dan Islam bersatu.

Secara peribadi saya tidak pernah mengetahui ketakutan terhadap 'politik Islam' ini kelihatan seperti saya orang beragama itu perlu sentiasa dididik mengenai peristiwa dunia daripada terus dibelenggu kejahilan. Katakan seperti, Zionis Kristen Midwest di Amerika Syarikat. Jenis orang yang tidak dapat menemukan kota asal mereka pada peta negara mereka tetapi yakin mereka membenci Islam walaupun mereka tidak yakin apakah itu jenis kari atau veh-ic-ule buatan dari luar.

Bagaimanapun, semalam, saya berdiri di tengah-tengah lebih dari satu juta Muslim Iran semua serentak menjerit "Marg Bar Isre-hell!" dan "Marg Bar Am-ri-ca!" Saya yakin kamu tahu maksudnya, Tony “Pergi jahanam dengan Israel!” dan “Pergi jahanam dengan Amerika!”. Para lelaki, wanita dan kanak-kanak di sekitar saya bertahan di siang hari tanpa ada air dan tidak ada makanan (itu disebut bulan Ramadhan, Tony, itu adalah puasa). Mengatasi kelaparan dan kehausan dalam kepanasan 100°C, seperti tidak merasakan apa-apa. Mereka mampu menahan kekurangan di dunia Islam. Di sini, di Iran mereka merasa bangga untuk menderita untuk mengungkapkan ukhuwah dengan rakyat Palestin. Hal itu seperti cara anda mengekspresikan persahabatan dengan Amerika hanya tanpa senjata kimia haram dan berjuta kematian penduduk awam.

Beberapa ibu di perhimpunan itu menangis, bukan kerana membenci 'Barat' tetapi rasa simpati untuk para ibu dari Rafah, Khan Younis, Nablus dan Jenin. Apakah Anda mengenali nama-nama tempat ini Tony, sebagai utusan perdamaian Timur Tengah kamu sepatutnya tahu. Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas kanak-kanak di semua kota-kota itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Adakah anda tidak tahu?

Hari ini ketika jalan-jalan di London bergema dengan teriakan "Allahuakbar!" dan 'Down Down Israel. " Kristian dan Yahudi akan bergabung dengan gemuruh teriakan "Down Down Israel, bahu-membahu dengan 'politik' Muslim, yang anda begitu takuti.

Mungkin Anda percaya bahwa saya dalam bahaya di Iran, terutama di hari seperti Al Quds. Nah di sini Tony, anda telah disuapkan dan telah menggunakan secara keseluruhannya, pembohongan yang besar itu.. Pembohongan yang mengatakan bahwa Muslim mengungkapkan pendapat dalam kelompok, di depan umum, selalu didorong oleh kebencian 'kita' kafir. Seolah-olah semua protes yang dipimpin oleh komuniti Muslim semacam dendam yang panjang terhadap Perang Salib.

Mungkin mereka harus lebih, tidak kurang marah di sini daripada mereka, Tony. Kerana setelah membaca catatan tambahan buku terlaris anda yang jelas anda berada di Perang Salib moden.

'Konflik' antara Palestin dan Israel adalah menurut kalian semua tentang agama dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan pembersihan etnik penduduk Arab, mahupun pengaiban mereka yang kekal di bawah but penduduk-penduduk Israel mereka. Anda mengatakan bahawa orang-orang Arab telah dan selalu akan melihat 'Yahudi' sebagai musuh. Demi Tuhan Tony lihatlah sejarah anda. Dan jika anda mahu menjalankan ‘Dasar Akidah' maka lebih baik di Islam 101, apakah anda tidak berfikir demikian? Apakah teman anda di Tel Aviv lupa memberitahu anda berapa ribu orang Yahudi tinggal di Palestin Yang Bersejarah secara harmoni dengan tetangga Arab mereka sebelum tahun 1948? Apakah anda benar-benar tidak tahu bahawa hari ini bahkan puluhan ribu orang Yahudi tinggaldengan gembira di Iran?

Saya telah duduk dengan keluarga muslim, anak-anak mereka yang telah dibakar oleh Israel / bom fosforus AS. Mereka yang masih menderita kelaparan akibat pengepungan Israel di Gaza. Mereka yang menjalani hidup melewati hari-hari awal sekatan terhadap Iran saat mereka memerlukan baucer makanan hanya untuk hidup. Dan setiap muslim dalam keluarga yang menderita ini memiliki mesej yang sama, 'Kami tidak membenci siapa pun kerana bangsa atau agama mereka. kami tidak boleh membenci orang Yahudi kerana mereka dalam kitab suci kami dan hal itu bertentangan dengan ajaran al-Quran. " Tetapi Tony biarkan saya bertanya tentang ini. Mengapa setiap orang, muslim atau sebaliknya, sentiasa berada dalam ancaman yang berterusan dari anda dan bos anda di Tel Aviv dan Washington? Apakah anda memiliki pemahaman tentang bagaimana rasanya hidup di Gaza? Terkepung, diserang dengan senjata kimia, sekolah anak-anak anda dimusnahkan hingga menyembah bumi oleh peluru-peluru Israel, hospital anda ditembak, bekalan elektrik anda terbatas, air anda tidak boleh diminum?

Sebenarnya Tony saya fikir anda adalah orang yang mudah simpati. Saya benar-benar fikir bahawa anda merasa tusukan rasa sakit atas kesulitan yang dideritai oleh jutaan orang di Timur Tengah sebagai akibat langsung dari sokongan anda untuk Israel. Lalu anda perasan bahwa di satu sisi, kerana pada dasarnya - anda berfikir "mereka" layak untuk mendapatkannya bukan?

Dalam buku anda yang anda katakan anda tahu benar berapa banyak rumah yang diratakan di Beirut, berapa banyak penduduk awam mati di Lubnan pada tahun 2006. Namun Anda mengabaikan kemarahan Lubnan tentang pendudukan Israel di 'Shebas Farm' sebagai tidak relevan, tentang betapa 'kecil' luas tanahnya. Anda tidak dapat melihatnya sebagai bahagian dari tekanan berterusan kepada masyarakat Lubnan secara keseluruhan oleh tetangga Israel mereka yang bersenjata berat yang agresif. Anda melihatnya sebagai: 'Israel diserang. Israel menyerang kembali. " Seperti jika Israel hidup dalam keadaan aman, sudah tentunya dikelilingi dengan pembunuhan beramai-ramai.

Seperti pemimpin-pemimpin dunia lain keluar untuk menuntut Israel segera menghentikan serangan-serangan bom serta merta pada 2006 di kota Lubnan, anda tetap diam.

"Jika saya mengutuk Israel 'anda mengatakan dalam buku anda" 'Saya mungkin lebih daripada tidak berlaku jujur. Itu akan merosakkan dunia pandangan saya. "

Pandangan dunia anda adalah bahawa umat Islam, gila, buruk, berbahaya untuk mengetahuinya. Satu jangkitan yang perlu dikawal. Bab terakhir anda adalah yang harus dibaca di Timur Tengah Tony, tahniah! Kerana menyusun atur agenda 'mereka' dan 'kita' untuk rakan-rakan anda di Washington and Tel Aviv..

Dalam bab akhir yang anda katakan; 'kita perlu membuat serangan balas keagamaan' terhadap Islam. Yang dimaksudkan dengan Islam adalah perjuangan al-Quds,Intifada Palestin (berdasarkan perjuangan anti-apartheid Tony, bukan fanatisme agama), dan menghadapi orang Arab yang gagal mengangkat tangan ke udara kerana peluru berpandu F-16 menghujani rumah-rumah mereka dan kem-kem pelarian dan menyanyikan korus lagu 'Imagine all the people...

Ketika Anda mengatakan 'ekstrimisme' harus 'dikawl dan dipukul' bermakna sikap anda yang agak muflis dari segi moral (tapi kaya raya) pemimpin dunia menginginkan kawalan ke atas perpaduan yang meningkat dari seluruh umat dan yang bergabung dengan aktivis dari semua kepercayaan pada jalan-jalan di Paris, London, Bradford, Rome.

’Bukan sahaja ekstremisme mesti dikalahkan' yang telah anda tulis tapi 'naratif' harus diserang. "

Iran sesungguhnya tempat dimana tradisi keislaman berdepan bertemu dengan tindakan politik.

Mereka amat sedar sejarah rantau ini, kesalahan-kesalahan dilakukan oleh Israel menentang Palestin dan cara-cara politik kerajaan AS dan UK untuk mengasingkan mereka.. Semua hal-hal yang dipertimbangkan dan menyenangkan seperti rakyatnyajuga selama saya tinggal. Saya tidak akan mencadangkan anda datang pada satu tempoh perjalanan.

Lauren Booth merupakan penyampai radio, wartawan dan aktivis hak asasi manusia. Dia telah digelar sebagai Negarawan Baru oleh akhbar hari Ahad, Sunday Times dan Daily Mail. Beliau merupakan penentang kuat perang Iraq dan penyokong badan gabungan yang melakukan kempen Hentikan Perang. Booth ialah adik ipar bekas perdana menteri Britain, Tony Blair. Kini, Booth sedang menyiarkan ‘Remember Palestin’ di Press TV.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna