salam

Jumaat, 26 Februari 2010

Derhakakah Kita?

Suatu hari seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah mengenai suatu perkara. Bertanyalah sahabat itu kepada Rasulullah:

"Ya Rasulullah, siapakah yang aku patut dahulukan selepas Allah dan dirimu?"
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Selepas itu?" tanya sahabat itu.
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Selepas itu?" tanya sahabat itu lagi.
"Ibumu," jawab Rasulullah.
"Selepas itu?" tanya sahabat itu.
"Ayahmu," jawab Rasulullah.

Daripada pertanyaan sahabat Rasulullah diatas, jelaslah kepada kita bahawa betapa pentingnya ibu bapa kepada kita. Kita mungkin tidak perasaan mungkin kita dengan tidak sengaja telah menderhaka kepada ibu bapa kita.

Puncanya mungkin adalah suatu perkara kecil kepada kita tetapi tidak pada kaca mata ibu bapa kita. Oleh itu, kita cubalah mencari masa dan ruang untuk bertanya kepada ibu bapa kita pernahkah kita menyinggung perasaan mereka. Cubalah tanya sebanyak tiga kali, jika tiada maka bersyukurlah tetapi jika ada maka cepat-cepatlah meminta ampun kepada mereka.

Kita tidak mahu mengulangi lagi kisah al-Qamah yang telah menderhaka kepada ibunya kerana lebih mementingkan isterinya daripada ibunya. Akibatnya, dia tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika di ambang kematian.

Semoga kita semua tidak menjadi anak derhaka kepada ibu bapa kita kerana implikasinya amatlah buruk bukan sahaja di dunia malah di hari Akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna