salam

Rabu, 8 Februari 2012

Dua Peristiwa Penting Setelah 20 Tahun Ikhwan Ditubuhkan

Antara aktiviti penting yang berlaku waktu itu adalah beberapa pertemuan yang diadakan untuk memperingati 20 tahun tertubuhnya Ikhwanul Muslimin. Harian al-Ikhwan diterbitkan secara khusus untuk memperingati majlis-majlis peringatan ini dengan jumlah yang banyak. Didalamnya mengandungi latar belakang sejarah Ikhwan, aktiviti-aktiviti Ikhwan dan peranan mereka dalam masyarakat. Majlis peringatan ini juga diadakan di beberapa tempat di Mesir. Aku mendapat tugas untuk terlibat dalam beberapa majlis di pelbagai tempat.

Dalam majlis itu, aku menyumbangkan beberapa bait syair dengan tajuk Ad-Dakwah tatahaddats ‘an nafsiha(Dakwah berbicara tentang dirinya). Aku sampaikan syair itu di Tanta dan tempat-tempat lain. Mahlah Abu Ali memintaku untuk menyebarkan syair itu dalam majalah Ikhwan atau menyebarkannya secara khusus sempena menyambut peringatan 20 tahun Ikhwanul Muslimin.

Terdapat dua peristiwa penting yang berlaku pada waktu itu, yang mempunyai pengaruh yang mendalam dalam sejarah dakwah Ikhwan.

Peristiwa pertama adalah apa yang Ikhwan namakan sebagai peristiwa kereta jip. Iaitu ketika sebuah jip menjadi tempat simpanan data-data penting berkaitan Nizam Khas Ikhwanul Muslimin, termasuk rancangan penggulingan pemerintah Mesir untuk diubah kepada system syura Islam, ditahan oleh pasukan keselamatan. Pemandu jip tersebut pula Berjaya melarikan diri. Meskipun begitu, dokumen bertulis itu menyimpan banyak data yang sangat berbahaya dan boleh membongkar banyak perkara dalam Tanzim Khas Ikhwan. Kemungkinan besar beberapa orang yang  terlibat dengan dokumen itu akan ditahan dan dipenjarakan, kemudian dibawa ke muka pengadilan. Ikhwan akan dilabel sebagai pengganas yang merancang untuk menggulingkan kuasa kerajaan secara keras. Jika mereka berjaya dalam rancangan itu, mereka pasti akan dinobatkan sebagai pahlawan, kepala mereka akan ditatahkan  mahkota, mereka akan digelar pembebas negara dan penyelamat umat. Tetapi kerana mereka tidak Berjaya, maka mereka dituduh dengan pelbagai tuduhan. Usaha mereka dianggap sebagai perosak pengganas, kekerasan dan jenayah yang harus dihukum mengikut undang-undang.

Akhirnya kes ini dibawa ke mahkamah sivil. Seramai 30 orang Ikhwan diadili, antaranya ialah Abdurrahman Sindi, Mustafa Masyhur, Mahmud Sibagh, Ahmad Hasanain, Ahmad Zaki dan lain-lain. Ternyata mahkamah mengeluarkan keputusa bersejarah yang membebaskan majority anggota Ikhwan. Hanya sebahagian kecil sahaja anggota Ikhwan yang dijatuhkan hukuman ringan antara satu hingga tiga tahun penjara. Tetapi yang penting dalam kejadian ini ialah sikap mahkamah yang objektif terhadap Ikhwan kerana menilai  Ikhwan sebagai sebuah kumpulan Islam yang juga memiliki semangat membela Negara. Ikhwan diiktiraf telah memainkan perana penting kepada negara dalam jihadnya di Mesir daan Palestin, juga berperanan dalam peningkatan kebudayaan dan sosial dalam masyarakat Mesir. Peristiwa lain yang mengejutkan ketika sseorang hakim bernama Ahmad Kamil menyatakan hasratnya untuk menyertai Ikhwanul Muslimin. Harian Mesir ketika itu menyiarkan berita di muka hadapan yang bertajuk: ‘Mengadili Ikhwan, Kemudian Menyertai Ikhwan!’

Peristiwa penting kedua yang memberi kesan negatif kepada Ikhwan pada peringkat ini adalah terbunuhnya hakim Ahmad Khaznidar. Beliau dibunuh oleh dua orang pemuda Ikhwan yang merupakan anggota Nizam Khas, iaitu Mahmud Sa’id dan seorang lagi yang aku tidak ingat namanya. Kedua-duanya ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Mereka dihukum penjara seumur hidup. Pada mulanya, Ustaz Hasan al-Banna tidak mengetahui pembunuhan ini kerana tidak ada yang memberitahu dan tidak ada yang menyebut tentangnya. Yang paling berat menggung kesan kejadian ini adalah Nizam Khas dan pemimpinnya Abdurrahman Sindi yang merancang dan menyusun strateginya.

Ketika ditanya: “Bagaimana engkau boleh melakukan pembunuhan ini tanpa perintah yang jelas daripada Mursyidul ‘Am?”

Abdurrahman Sindi berkata: “Aku mendengar Mursyidul ‘Am berkata bahawa membunuh hakim tersebut adalah dibolehkan. Walaupun ia tidak disebut secara tegas dan jelas. “Kata-kata bagaiman yang engkau dengar daripada Mursyidul ‘Am?” Dia menjawab, “Ketika Hakim Khaznidar menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara kepada sebahagian pemuda Ikhwan, pada masa yang sama dia juga memutuskan pembebasan terhadap tertuduh bukan anggota Ikhwan yang melakukan kes yang lebih berbahaya, ketika itu Mursyidul ‘Am berkata: “Semoga Allah menyelamatkan kita daripada orang seperti Khaznidar.”

Adakah kata-kata itu boleh disimpulkan sebagai fatwa rasmi untuk membunuh? Sedangkan Ustaz Hasan al-Banna bermaksud agar Allah SWT mengurniakan kepada kami hakimyang adil dan orang soleh tidak seperti hakim Khaznidar. Bukan dengan membunuhnya kerana membunuh tidak akan menyelesaikan masalah sama sekali.

Aku mendengar cerita lain daripada Ustaz Muhammad Farid Abdul Khalik yang ketika itu bertugas sebagai ketua bahagian pengurusan mahasiswa Ikhwan, dan rapat dengan ustaz Hasan al-Banna. Beliau menceritakan bahawa beliau telah dating kepada Ustaz Hasan al-Banna selepas kejadian itu dan melihat Ustaz dalam keadaan sangat marah hingga meramas-ramas rambutnya. Ustaz Hasan al-Banna berkata: “Tahukah kamu apa yang telah dilakukan oleh teman-temanmu wahai Farid? Tahukah kamu bahawa ini adalah tindakan jenayah yang sangat bodoh? Kami membina tetapi mereka menghancurkannya….Apa manfaatnya kepada dakwah dengan membunuh seorang hakim? Bila masanya hakim menjadi musuh kita? Bagaimana mereka boleh melakukan tindakan itu tanpa sebarang perintah daripada aku? Dan tanpa sebarang perintah daripada pimpinan Jama’ah?”

Aku mendengar cerita ini daripada Ustaz Farid lebih daripada sekali. Ini adalah kesalahan pertama yang dilakukan oleh Nizam Khas dan diaalah yang akan menanggung akibatnya. Waktu itu, Ustaz Hasan al-Banna mengatakan bahwa Nizam Khas telah merendahkan kedudukannya, berpecah dari Jama’ah dan menentang kepimpinannya. Nizam Khas telah menjadikan dirinya seperti ja,a’ah dalam jama’ah, atau negara dalam negara. Bahkan memandang bahawa perintah Nizam Khas harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi. Ustaz Hasan al-Banna kelihatan sedang berfikir untuk memcat keanggotaannya dan meminta pendapat daripada orang-orang dekatnya tentang masalah itu. Tetapi kemudian diputuskan agar nizam Khas tidak dipecat, hanya diperbaiki kekeliruannya.

Kejadian inilah buat pertama kalinya Ikhwanul Muslimin dituduh sebagai organisasi yang keras, kemudian mendapat label sebagai organisasi pengganas. Tema Ikhwan dan kemerasan dihuraikan dengan lebih panjang lebar dalam buku yang aku tulis, Al-Ikhwanul Muslimun, Sab’una Aman fi Dakwah wa Tarbiyah wa Jihad (Ikhwanul Muslimun 70 tahun dalam Dakwah,tarbiyah dan Jihad). Kemudian Ikhwan menghadapi pelbagai tuduhan sekitar misteri kematian Khaznidar yang merupakan satu-satunya kejadian dan tidak pernah terjadi lagi dalam sejarah Ikhwan. Meskipun banyak hakim yang sangat kasar, di kalangan hakim sivil mahupun tentera yang menghukum mereka, Ikhwan tidak pernah berfikir untuk membalas perbuatan mereka dengan apa cara sekalipun. Bahkan, selepas Hasan al-Banna, Ikhwan menyerahkan tampuk kepimpinan mereka kepada seorang hakim beasr yang terkenal pada zamannya, Sheikh Hasan Hudhaib sebagai Mursyidul ‘Am kedua Ikhwan. Wakilnya juga merupakan hakim yang bertaraf tinggi di Mesir, iaitu Abdul Qadir Audah.

*Petikan daripada buku ‘Aku dan Ikhwanul Muslimin’  oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Pengajaran daripada pengalaman yang dialami oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi patut kita ambil sebagai ikhtibar dan panduan dalam menjalankan kerja-kerja jemaah. Semoga ia menjadi penguat semangat dalam kita mengharungi cabaran dalam berdakwah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna