salam

Rabu, 4 Mac 2009

Cubaan Menyebarkan Fahaman Syiah Di PSAS

Assalamualaikum warahmatullahi Wabaratuh

Mazhab Syiah merupakan sebahagian mazhab yang ada dalam mazhab umat Islam. Mereka ini adalah pengikut setia Saidina Ali K.W. Namun,kerana terlalu taksub kepada Saidina Ali K.W menyebabkan mereka mereka-reka cerita dan hadis-hadis palsu untuk menyatakan bahawa Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Hasan dan Husin sahaja yang mempunyai keutamaan di sisi Rasulullah dan mencela para shabat Rasulullah yang lain.

Ini berlaku kerana mereka (Syiah) hanya menghimpunkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang menerangkan keutamaan 'Ali, Fathimah, Hasan danHusain. Adapun ayat dan hadis berkenaan keutamaan para sahabat yang lain, mereka diamkan sahaja. Pada waktu yang sama, mereka mengemukakan kisah-kisah sejarah yang kononnya menerangkan kecelaan dan keburukan para sahabat tersebut.

Orang ramai yang tidak mengenal secara keseluruhan ayat-ayat dan hadis-hadis dalam bab ini akan mudah terpengaruh dengan strategi Syiah ini.

Terbaru, saya telah meminjam sbuah buku dari perpustakaan PSAS berjudul'Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman'. Saya tidak membelk-belek buku tersebut ter dulu, sebaliknya terus ke kaunter untuk urusan pinjaman. Bila saya sampai di bilik dan mula membaca buku ini, ternya ia memaparkan propaganda Syiah dan penipuan mereka tentang Imam Mahdi.Imam Mahdi orang Syiah merupakan imam mereka yang kedua belas yang telah ghaib tetapi akan kembali semula di akhir zaman untuk mengambil semula jawatan khalifah yang telah dirampas daripada Saidina Ali K.W.J. Imam Mahdi ini juga akan membawa bersama kitab suci Al-Quran yang sebenar dimana menurut mereka Al-Quran sebenar. Al-Quran pada hari ini telah diselewengkan kerana tdak memaparkan ayat berkenaan Sidina Ali.



Buku Imam Mahdi Yang Ditunggu dan Malapetaka Akhir Zaman

Didalam buku ini juga ditulis berkenaan penganiayaan yang telah dilakukan oleh Saidina Umar kepada keluaga Sidina Ali kerana tidak Membai'at Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

Setelah saya menyedari bahayanya buku ini kalau dibaca oleh orang yang tidak tahu berkenaan Syiah, saya beritahu kepada abang Firdaus mengenai buku ini. Dia cadangkan supaya bawa buku ini kepada Ustaz Amin. Setelah menyerahkan buku ini kepada Ustaz Amin, 2 minggu lepas itu saya pulangkan buku ini dan pustakawan yang bertugas telah dimaklumkan oleh Ustaz Amin mengenai buku ini dan berkata akan menyimpan buku ini.

Semoga Allah menetapkan kita di dalam ahli jemaah yang dimasukkan ke dalam syurga Allah, insya-Allah

1 ulasan:

  1. Tahniah kerana begitu perihatin kepada persekitaran. mudah-mudahan Allah merahmati anda

    BalasPadam

Asma'ul Husna

asma ul husna