Isnin, 2 Mac 2009

PENGENALAN KEPADA SISTEM PAPAN LITAR UTAMA

BAHAGIAN UTAMA PADA PAPAN LITAR UTAMA

Berikut adalah keterangan berkenaan dengan komponen-komponen utama pada papan litar pemproses utama.

a. Unit Pemprosesan Pusat
Ia merupakan pusat kawalan pada sistem komputer. Ia bertanggungjawab untuk menukar data dari satu bahagian ke bahagian yang lain dan memproses isyarat kawalan data

b. ROM
Ia merupakan tempat menyimpan segala arahan atau aturcara yang digunakan oleh Unit Pemprosesan Pusat. Antara aturcara yang penting adalah aturcara permulaan bagi sesuatu komputer tersebut seperti memulakan Chip LSI, membaca suis DIP, membuat aturcara diagnosis sistem dan membaca aturcara sistem operasi. Selain itu terdapat juga aturcara penukaran atau pemprosesan berbagai-bagai data dibuat.

c. RAM
Ia merupakan kawasan penyimpanan data atau aturcara untuk sementara waktu. Aturcara-aturcara yang ditulis akan disimpan di sini sebelum dihantar ke sistem ingatan sekunder. Contohnya disket atau diproses oleh unit pemprosesan utama.

d. Sistem Set Semula (RESET)
Sistem set semula akan mengembalikan operasi sistem komputer ke titik permulaan yang diketahui . Ini akan membenarkan sistem komputer untuk mencari arahan seterusnya diperlukan untuk operasi.

e. Antaramuka Masukan/Keluaran
Antaramuka masukan/keluaran merupakan labuhan untuk komputer berkomunikasi dengan dunia luar. Antaramuka mungkin juga disambung ke pencetak, pemacu cakera atau modem.

f. Klok (Pemasa)
Ia merupakan rangkaian denyut pemasaan untuk kegunaan sistem komputer. Ia merupakan nadi untuk sistem komputer. Ia menentukan bahawa bahagian-bahagian sistem komputer adalah segerak antara satu sama lain.

g. Slot Pengembangan
Digunakan sebagai penyambungan papan litar utama dengan I/O sub-sistem. Pada masa sekarang ini terdapat 4 jenis slot pengembangan iaitu ISA,EISA,VESA dan PCI. Ia berbeza di antara satu sama lain adalah dari segi kelajuan pemindahan data.

ISA : Industry Standard of Architecture (16 bit, 5mb/saat, 98
pin)
EISA : Extended ISA (32 bit, 3.3mb/saat, 188 pin)
VESA : Video Electronic Standard Association pada sisten 486
(32 bit)
PCI : Peripheral Component Interconnect (64 bit bas
digunakan pada Pentium

h. Memori cache (ingatan sorok)
Suatu tempat simpanan data yang terhad yang mengandungi nilai-nilai yang kerap dicapai oleh CPU, tetapi berlagak sebagai sebahagian dari ingatan utama. Ingatan sorok amnya berkendalian pada kelajuan yang sama dengan CPU. Tujuannya untuk mempercepatkan capaian data.

i. Pengawal Papan Kunci
Ia adalah IC yang membolehkan penyambungan sistem papan litar utama dengan papan kekunci. Ia berfungsi sebagai data buffer, melakukan sampukan kepada CPU sebagai INT saluran no.2 pada pin nombor 35 IC 8042. Fungsi selak pada papan kekunci (keyboard lock) pada pin 34, sekiranya keyboard lock pin ini dibumikan. Sebenarnya IC8042 adalah satu IC chip microcontroller yang di dalamnya terdapat aturcara-aturcara yang khas untuk papan litar utama tertentu sahaja. Jadi ia sebenarnya tidak boleh ditukarkan papan litar utama yang lain, kecuali yang sama dengan versinya sahaja.

j. ROM BIOS
BIOS mengandungi aturcara asas I/O yang mengawal perkakasan (devices) yang disambung kepada sistem dan aturcara “booting” untuk mendapatkan sistem operasi bagi komputer samada dari disket atau pemacu cakera keras apabila bekalan kuasa dibekalkan pada komputer tersebut. Terdapat beberapa jenama ROM BIOS seperti PHOENIX, AMI, AWARD dan lain-lain lagi. Fungsinya adalah sama tetapi berbeza dari segi pelaksanaannya. Contohnya ia mempunyai cara yang berlainan dalam melakukan self-test dan “error message”. Kebanyakan ROM BIOS ia mengeluarkan bunyi untuk memberitahu kerosakan semasa ujian self test dan bunyi ini adalah berbeza bagi berlainan jenama dan mesti merujuk kepada dokumen bagi jenama tersebut untuk mengetahui kerosakan sebenar.

k. Chipset
Papan Litar Utama awal-awal keluaran mempunyai IC yang banyak dan masing-masing melakukan fungsi yang berlainan pada sistem. Dalam model XT terdapat beberapa IC kawalan khas seperti 8255 (IO), 8284 (penjana jam), 8259 (PIC), 8253(Timer), 8237(DMA), 8288 (bas kawalan) dan lain-lain. Pada zaman sekarang ini kesemua fungsi-fungsi tersebut dilakukan oleh satu atau beberapa IC VLSI chip yang mempunyai berbagai jenama. Ia direkabentuk istimewa untuk hanya satu jenis papan litar utama sahaja dan ia dikenali sebagai chip set. Untuk itu bagi chip set bagi berlainan jenama dan papan litar utama mungkin tidak serupa bagi papan litar utama lain dari segi susunan kaki-kaki IC dan nama isyaratnya walaupun ia adalah pada papan litar yang sama keupayaan. Ini adalah kerana jenama dan senibinanya

MASALAH PADA PAPAN LITAR UTAMA

Papan litar utama biasanya jarang berlaku kerosakan, ini adalah kerana kebanyakan komponen utama adalah litar terkamil (IC). Bagi papan litar yang lama kemungkinan akan berlaku kerosakan seperti berikut:

a) RAM

Kerosakan pada RAM terutamanya ingatan asas boleh menyebabkan komputer akan ‘hang up’. Penukaran RAM yang baru perlu dilakukan. Semasa menukarkan RAM yang baru pastikan ia mempunyai kelajuan yang sama dengan RAM asas atau mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Kerosakan pada RAM boleh dikenalpastikan semasa komputer diberikan bekalan kuasa atau menggunakan aturcara diagnosis komputer seperti qaplus,checkit dan lain-lain.

b) Bateri
Kerosakan ini disebabkan oleh papan litar yang lama dan tidak digunakan. Ini menyebabkan bateri akan mengeluarkan asid dan menyebabkan litar pintas pada papan litar utama. Keadaan ini boleh diatasi menggunakan ‘cleaner spray’ atau menggantikan dengan papan litar yang baru.

c) ROM
Kerosakan pada ROM jarang berlaku. Sekiranya kerosakan pada ROM, semasa komputer diberikan bekalan kuasa tidak berlaku ‘Power On Self Test’ iaitu komputer senyap dan tidak ada perubahan pada pemacu cakera, papan kekunci, unit paparan dan peranti lain. Sekiranya ini terjadi maka ROM yang lama harus ditukar dengan yang baru, dan pastikan ROM baru adalah sama dengan ROM asas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna