
“Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan
daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat”
Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan di antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama. Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) dimatikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kepentingan duniawi. Agama Kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyanyian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai di kawasan gereja sehinnga kini.