salam

Selasa, 6 Mac 2012

Dakwah Fardiyah: Teori dan Praktikal


Di dalam pengoperasian dakwah fardiyah, ada beberapa hakikat dan kenyataan realiti yang perlu difahami oleh para du’at .Hakikat dan asas ini perlu diraikan ketika bergerak di gelanggang dakwah fardiyah.
Antara hakikat tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Halim al-Kinani ialah :

1.Kuantiti Daie Terhad

Kuantiti para daie yang menyeru ke jalan Allah terhad. Tenaga dan keupayaan mereka pun terhad.Di tambah pula, tidak ada para da’ie yang sanggup fulltime kepada kerja dakwah atas sebab mereka berusaha mencari sumber pendapatan dan rezeki bagi menampung keperluan hidup.Lantaran itu kerja dakwah menjadi kerja part-time.Di samping itu juga para da’ie tadi menumpukan usaha memenuhi keperluan ahli keluarga dan urusan peribadinya yang menuntut masa dan usaha yang bukan sedikit.

Sebaliknya realiti menyaksikan ramai manusia amat  berhajat kepada dakwah dan para pendakwah yang terlatih dan mahir menyampaikan bicara dan seruan dakwah semakin banyak dan bertambah. Setiap orang dari kalangan mereka memerlukan insan yang mampu memegang tangan mereka, menyelamatkan mereka dari sebarang kesesatan, penyelewengan, kealpaan dan kecuaian. Sekalipun sang da’ie mencurahkan daya usaha untuk tujuan tersebut, ia tidak mampu memenuhi keperluan semua mereka ini atau sebahagian daripadanya.

2.Kemampuan dan Kapasiti Berbeza Untuk Amal Dakwah.

Tidak semua orang sesuai untuk amal dakwah dan mampu mencapai tahap yang paling tinggi  untuk beriltizam dengan islam kecuali dari seorang da’ie yang mujahid dan berdisiplin dari kalangan sof daie. Walaupun begitu mereka berbeza dari sudut kapasiti, keupayaan dan suasana lingkungan dengan perbezaan yang besar.Ia bergantung pada kemampuan dan daya himmah (cita-cita). Ini kerana manusia umpama seekor unta , hampir kamu tidak dapati padanya seekor pun yang mampu menjadi rohilah (unta tunggangan yang mampu pikul beban) sebagaimana sabda nabi s.a.w di  dalam hadisnya.



3.       Dakwah Perlu Kepada Rijal yang Qawiyy

Hari ini dakwah memerlukan rijal (tokoh) yang memiliki segala sifat-sifat khusus seperti kepintaran yang tajam, keazaman yang jitu, iman yang mendalam,  kefahaman yang terperinci. Juga sifat mereka yang memiliki energy yang tinggi dari sudut fizikal, spiritual, mental, akhlak dan pemikiran.Selain itu juga sifat-sifat dan kelayakan yang perlu untuk memikul beban dakwah dan jihad.

 4.Membina Rijal Perlu Kepada Tarbiyah dan Mujahadah

Untuk mencapai ke tahap ini ia tidak terhasil dengan angan-angan, ucapan penuh semangat atau tangisan peringatan. Ia menuntut kepada tarbiyah jiwa dan bermujahadah melawan runtunan syahwat dan hawa nafsu, bersabar untuk mencari ilmu dan beramal dengannya. Ia satu proses yang memerlukan tarbiyah yang berterusan, intensif sehingga memerdekakan jiwa dari kekangannya, kebiasaannya sehingga terbang tinggi mengatasi segala dorongan dan pujukan syahwat, mengatasi segala sifat keji dan lemah.

5. Tarbiyah yang Syumul dan Tawazun.

Untuk memetik hasil tarbiyah tersebut, proses tarbiyah tadi mestilah merangkumi semua aspek jiwa dan individu insane yang terdiri dari fizikal, akal, ruh. Proses tarbiyah tadi mestilah mendalam, seimbang tanpa ada pengabaian mana-mana aspek sehingga lahir keperibadian manusia secara bersepadu, seimbang tanpa berlaku kecelaruan dan kekurangan.

6. Cabaran Arus Jahiliyyah

Kita hidup dalam iklim yang bergerak ke arah arah yang berlawanan.Hidup dalam lingkunganyang penuh fitnah dari segenap sudut. Media massa yang menebarkan racun-racunnya siang dan malam. Penguasaan kebatilan terhadap sistem pendidikan dan pelajaran, juga menguasai instrumen tatsqif dan taujih.Masyarakat pula dipimpin budaya dan adat jahiliyyah yang tumbuh membesar kepada kanak-kanak.Ia mengakar ke dalam pemikiran orang dewasa sehingga perkara makruf menjadi mungkar, yang mungkar pula menjadi makruf. Ia menggerakkan manusia menuju ke arah satu gerakan  yang berlawanan dengan islam dan prinsipnya. Ia sedikit demi sedikit melemahkan pengaruh para du’at kepada kebanyakan manusia.
Para ulama harakoh telah menetapkan beberapa asas haraki di dalam mempraktikkan dakwah fardiyah yang akan menjamin keberkesanan dan kejayaan dakwah fardiyah.

Asas Pertama : اختلاف درجات الاهتمام والتركيز [Perbezaan taraf atau tahap  keprihatinan dan at-tarkiz (penumpuan)]
Asas Kedua :  اتباع أسس الانتقاء [Ikut asas intiqo’ ( melakukan selektif)]
Asas Ketiga :  معرفة مفتاح الشخصية[Tahu kunci-kunci untuk mengenali manusia]
Asas Keempat :  مراعاة مبداء التدرج[Mengambil kira prinsip at-tadarruj (beransur-ansur)]

Asas Pertama :  
  • Da’ie yang menyeru ke jalan allah dikelilingi kelompok manusia yang berbeza-beza. Perbezaan ini berlaku dari sudut berpegang pada agama, perbezaan watak, perbezaan umur dan juga perbezaan taraf kedudukan akademik.
  • Langkah yang perlu dilakukan ialah memahami suasana lingkungan yang melingkarinya, menentukan anasir yang paling terbaik dan dekat pada islam dan dakwah. Juga yang hampir dekat dari sudut usia.
  • Da’ie perlu memberikan perhatian dan tarkiz (penumpuan) utama kepada individu yang beriltizam dengan islam. Dai’e hanya membetulkan kefahaman dan menjelaskan jalan amal yang betul untuk islam.Tenaga da’ie perlu dilabur dan ditumpu kepada individu ini dan diberi perhatian dan keutamaan sebagai objek dakwah fardiyah.
  • Ada juga dikalangan ma’du tadi rendah iltizam mereka terhadap islam, kurang berpengetahuan namun memiliki jiwa yang baik dan perasaan mulia. Da’ie perlu memberi perhatian kepada mereka dengan kadar yang agak rendah berbanding dari kumpulan utama tadi.
  • Mad’u pula berbagai-bagai. Ada yang cuai melaksanakan solat, ada yang umur sudah dewasa, ada yang hidup dalam keadaan tertentu yang menyukarkannya untuk melaksanakan dakwah dan terhambat dengan faktor kesibukan. Mereka ini juga perlu kepada perhatian, kasih sayang, dan hubungan umum. Mengajak dari kalangan mereka yang sesuai untuk menyambut seruan dakwah, berusaha membentuk iklim dan aktiviti dakwah umum kepada mereka.
  • Justeru proses membina mad’u tadi harus mengambil kira kepelbagaian rupa bentuk sasaran dakwah tadi dari pelbagai aspek perbezaan latar belakang ( kedekatan usia, ilmu, jurang kehidupan). Ia menuntut juga sang da’ie melihat aspek posisi mad’u ,tenaga  dan kemamapuannya untuk melakukan mutaba’ah (follow-up), evualuasi, dan penumpuan.
  • Seorang da’ie itu ibarat beliau berada di tengah pusat bulatan. Dikelilinginya beberapa lingkungan bulatan yang lain. Jadi, da’ie perlu memberikan perhatian kepada ma’du yang paling dekat dengannya dan diikuti yang seterusnya dengan mengambil kira tahap perbezaan komitmen, iltizam, sentimen, respon mereka terhadap dakwah. Semakin luas jarak bulatan itu bermakna semakin rendah tahap perhatian dan penumpuan da’ie tadi kepada sasaran dakwahnya. Namun mereka tetap kekal sebagai satu aset dakwah yang beredar dalam orbit dakwah. Ini kita namakan sebagai bulatan pemusatan. Di dalam ilmu hadis menyebut:
إذا أردت أن تبحث ففتش    وإذا أردت أن تروي فكمش
Jika kamu ingin mencari perawi thiqat, selidikilah manusia, jika kamu ingin meriwayat pula, maka genggamlah sungguh-sungguh.
Oleh itu, para da’ie perlu selidik dan membuat analisa manusia yang berada dalam bulatan lingkungannya dan kemudian tapislah mereka yang sesuai untuk menyahut dakwah.

Asas Kedua : Ikut syarat-syarat intiqo’ (pemilihan)
  • Proses intiqo’ ialah proses memilih individu yang berkualiti yang mampu menanggung beban dakwah bukan menjadi beban dakwah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :
[ إنما الناس كالإبل المائة لا تكاد تجد فيها راحلة ]
“Manusia ibarat seratus ekor unta, kamu tidak akan dapati padanya kecuali seekor sahaja yang menjadi rohilah (menanggung beban)”.
  • Proses memilih mesti berlaku secara terancang dan terperinci. Tidak boleh secara semberono atau ad-hoc. Ia juga tidak boleh dipengaruhi sentimen emosi peribadi atau faktor kecenderungan peribadi da’ie kepada mad’u. Ia mesti berasaskan kaedah dan asas yang tepat dan selari dengan objektif dakwah fardiyah.
  • Asas tersebut diukur pada tiga perkara iaitu :
  1. Galian Terbaik
  2. Minat dan kadar respon terhadap dakwah.
  3. Kedekatan
1. Galian Terbaik
  • Pilihlah manusia dari kalangan yang dikategorikan al-ma’dan as-solih (galian yang baik). Rasulullah bersabda :
الناس معادن كمعادن الذهب والفضة فخيارهم في الجاهلية خيارهم في الاسلام إذا فقهوا
“Manusia umpama galian seperti galian emas dan perak.Mereka yang terbaik masa jahiliyah adalah terbaik juga masa Islam bila dia faham.”
  • Galian yang baik adalah merujuk kepada memilih manusia yang memiliki kualiti pada akhlak, perilaku, watak dan sifat-sifat semulajadi pada fitrah.
  • Inilah pujian Rasulullah SAW kepada delegasi Asj Abdul Qais yang datang menemuinya.Kata baginda saw : “sesungguhnya pada kamu ada dua ciri menonjol iaitu sifat lembut dan kuat kesabaran”.
  • Antara akhlak dan sifat  individu yang ingin dipilih ke sof dakwah ialah :
    • Berani [ kekuatan jiwa, terus terang, berani dalam membuat keputusan, jauh dari sikap meniru atau menipu, mengakui kesilapan dan segera kembali kepada kebenaran, daya keseriusan tinggi, mimiliki nilai-nilai unggul]
    • Mulia [ dilihat melalui perlakuan dan mu’ayashah dengannya, tidak bakhil atau kedekut, sifat ego, tamak haloba, penting diri dan mengukur sesuatu atas nilai materialistik ]
    • Cerdik [ kapasiti mental yang baik, cepat faham dan kuasai ilmu, mampu menganalisis dan membuat rumusan.
    • Jauhi dari memilik mereka yang penakut, bakhil, tamak, penting diri, ikut hawa nafsu, lemah semangat.
    • Semakin jauh mad'u itu meninggalkan sifat-sifat negatif dan berakhlak dengan akhlak insani dan Islami akan menjadikan proses intiqo’, membuat keutamaan dan kadar tumpuan kepadanya akan semakin bertambah.
2. Minat dan kadar respon terhadap dakwah
  • Daie juga perlu mengambil kira respon dan minat mad’u terhadap seruan dakwah. Utamakan dulu kepada mereka yang respon positif dan sahut seruan dakwah walaupun ada kekurangan pada akhlak dan sifatnya perilakunya.
  • Jika kita dapati ada mad’u tertentu memiliki kualiti peribadi unggul namun kurang respon terhadap dakwah, kita perlu memberikan fokus khusus terhadapnya, bersabar, melipat ganda usaha terhadapnya tanpa mengabaikan mereka yang menyambut seruan dakwah.
  • Ini dilakukan sebagaimana  tindakan Rasulullah SAW kepada Umar al-Khattab. Begitu juga bagaimana Allah mencela tindakan Rasulullah SAW yang mengabaikan Abdullah ibn Ummi Makhtum dan tumpu kepada pembesar Quraish yang memiliki kedudukan dan pengaruh.
  • Inilah yang telah ditunjukkan oleh Imam Hasan al-Bana ketika ketika memilih Hasan al-Hudhaibi sebagai mursyid kedua melalui dakwah khusus, hubungan fardi walaupun ramai dari kalangan ikhwan pimpinan tidak mengenalinya.
3. Taqarub (Kedekatan)
  • Untuk memudahkan keberkesanan dan keberhasilan dakwah , da’ie perlu mengambil kira faktor kedekatan / kesamaan.
  • Pilihlah mereka yang dekat dari segi :
  1. Tempat tinggal seperti jiran, rakan dan teman sekerja, rakan sekuliah dan sebagainya.
  2. Usia kerana mendekatkan kefahaman, perasaan, cara fikir dan kejiwaan.
  3. Bakat dan potensi dan taraf sosiol kerana mereka lebih berpengaruh kepada masyarakat sekeliling.
  4. Pilih mereka yang sentiasa berulang alik ke masjid.
  • Seorang da’ie memberikan beberapa ciri orang sesuai dipilih untuk berada di sof dakwah iaitu :
    • Karismatik, matanya menyala-nyala pada wajahnya tekad dan keazaman
    • Memiliki himmah yang tinggi.
    • Pintar dan bijak
    • Ada sifat mulia
    • Aktif bergerak
    • Utamakan kerja dari bercakap.
    • Ruh yang kuat
    • Jiwa yang berani
    • Harga diri tinggi
    • Suka menolong
    • Diri yang suci.
  • Ada  beberapa kaedah dan asas dalam memilih manusia. Dr. Muhammad Nuh di dalam bukunya Fiqh Dakwah Fardiyah memenerikan beberapa asas iaitu :
    • دعوة المسلم مقدمة على دعوة غير المسلم
    • Utamakan yang muslim dari bukan Islam.
    • دعوة الأقربين نسبا وجيرة مقدمة على دعوة الأقارب
    • Utamakan yang hampir dengan kita (keturunan @ jiran) dari yang jauh dari kita.
    • دعوة الصغير مقدمة على دعوة الكبير
    • Utamakan orang muda dari dewasa.
    • دعوة المتواضع مقدمة على دعوة المتكبر
    • Utamakan yang tawadhuk dari yang sombong.
    • دعوة المثقف مقدمة على دعوة الأمى
    • Utamakan yang berilmu dari yang buta huruf.
    • دعوة غير المنتمى مقدمة على غير المنتمى
    • Utamakan yang kosong intima’ dari yang terikat dengan organisasi tertentu.
    • دعوة زميل العمل أو المهنة مقدمة على غيره
    • Utamakan rakan kerja dari yang lain.
    • دعوة ذي التأثير والمنعة في قومه مقدمة على دعوة من لا أثر له ولا منعة
    • Utamakan kepada yang berpengaruh dan ada autoriti  dari yang tidak berpengaruh dan tidak ada autoriti.
  • Rumusannya seorang da’ie perlu ada fiqh mu’adalah (membuat timbang tara), fiqh ikhtiyar wal intiqo’ (membuat selektif) dan memahami latar sasaran dakwah yang berbeza.
  • Da’ie yang bijak ialah da’ie yang bijak  berdakwah dengan memilih topik dakwah menurut kepentingan dan keutamaan. Lapangan dakwah yang paling memberikan sumbangan pada dakwah ialah yang paling cepat dan pantas memberikan kesan, menjadikan usahanya yang sedikit menjadi efektif, sesuai dengan tabiat marhalah dakwah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna