salam

Ahad, 27 November 2011

Hijrah Dalam Konteks Masyarakat Malaysia


Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang warga negaranya terdiri dari satu bangsa atau satu kaum sahaja. Kata-kata politik yang mendakwa Malaysia itu unik kerana ia adalah sebagai negara berbilang bangsa yang aman damai tidaklah tepat kerana hampir semua negara mempunyai masyarakat berbilang bangsa, kaum dan suku kaum.

Harimau Mati Meninggalkan Belang,Manusia Mati Meninggalkan Nama

Siapakah Adnan Menderes?
Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.

Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.

Isnin, 24 Oktober 2011

JENIS-JENIS HIBURAN ZAMAN RASULULLAH


Ada beberapa macam permainan dan seni hiburan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. Di mana hiburan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. Hiburan-hiburan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.
Di antara hiburan-hiburan itu ialah:

Jumaat, 19 Ogos 2011

Benarkah Saidina Umar Menghukum Anaknya?


Kisah Abu Syahmah, anak Sayyidina Umar r.a. menerima hukuman had (hudud) daripada ayahnya khalifah Umar r.a. kerana telah berzina adalah satu kisah yang tersebar dengan meluas sekali dalam masyarakat Islam di mana-mana jua.  Ia bukan sahaja disampaikan oleh tuan guru-tuan guru, ustaz-ustaz dan pensyarah-pensyarah di dalam ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah mereka yang tertutup malah kerapkali juga dikumandangkan oleh khatib-khatib menerusi khutbah-khutbah Jumaat. 

Selasa, 22 Mac 2011

Strategi Perang Sun Tzu

A. Strategi untuk Menang


Strategi 1 Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi anda dengan aktiviti biasa sehari-hari.

Isnin, 21 Mac 2011

Memahami Zina Hati

“Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”
Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja.
Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.
Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”.
Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.

Ahad, 20 Mac 2011

Surat Kepada Khalifah


"Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniaya, dan menjadi penolong mereka yang terlantar.

Sabtu, 19 Mac 2011

Si Peruntuh Khilafah Islamiyah

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).

Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki.

Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah.

Jumaat, 4 Mac 2011

Perginya Seorang Jurutera Gerakan Islam

Necmettin Erbakan

Necmettin (Najmuddin) Erbakan, seorang pemimpin gerakan Islam politik di Turki dan mantan perdana menteri negara itu, dilaporkan telah meninggal dunia. Erbakan, 85 tahun, meninggal di Hospital Ankara Guven pada Ahad (27/2). Nama Erbakan tidak asing dalam gelanggang gerakan Islam. Beliau pernah menerajui gerakan Islam di Turki dengan membawa banyak pembaharuan dan ijtihad yang baharu.

Rabu, 16 Februari 2011

Anak Muda Pencetus Revolusi Rakyat

  Mohamed Bouazizi
Di sebuah negara di utara Afrika bernama Tunisia, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.

Selasa, 15 Februari 2011

Cinta 1400 Tahun Yang Lalu


“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Asma'ul Husna

asma ul husna