salam

Selasa, 24 Mac 2009

CARA-CARA MEMASANG CPU

‘CPU’ merupakan salah satu bahagian komputer yang penting. Berikut merupakan cara-cara untuk memasang ‘CPU’.


-Buka penutup ‘casing’ dengan cermat.
-Pasangkan skru pelapik ‘motherboard’ di dalam ‘casing’ ‘CPU’.
-Letakkan pelapik ‘motherboard’ di atas skru ‘motherboard’.
-Buka klip soket ‘processor’, dengan berpandukan penanda pada ‘motherboard’ dan ‘processor’, masukkan ‘processor’ dengan berhati-hati dan selepas itu, klip soket ‘processor’ dikunci.
-Setelah itu, kipas penyejuk dipasang di atas ‘processor’ dengan berhati-hati.


Keadaan ‘processor’ yang telah dipasang dengan kipas
penyejuk

-Pasangkan kabel kuasa kipas penyejuk pada tanda ‘CPU FAN’ pada ‘motherboard’.
-Bagi pemasangan ‘RAM’, tentukan kedudukan lubang pada ‘RAM’ berada pada kedudukan yang betul dan selepas itu tekan ke bawah.
-Tutup klip soket ‘RAM’ pada ‘motherboard’.
-Pasangkan ‘motherboard’ yang telah dipasang dengan ‘processor’ dan ‘RAM’ di atasnya ke dalam casing ‘CPU’.
-Tentukan lubang skru pada ‘motherboard’.
-Letakkan ‘motherboard’ dengan berhati-hati di atas skru pelapik ‘motherboard’.
-Pasangkan skru dengan kemas.


Keadaan ‘motherboard’ setelah dipasang di dalam ‘casing CPU’

-Pasangkan cakera keras pada tempat yang telah disediakan untuk cakera keras.
-Pasangkan kabel IDE pada cakera keras dan pada ‘motherboard’.
-Pasangkan kabel’power supply’ pada cakera keras.
-Pasangkan ‘CD-ROM’ pada casing dan kemudian kabel IDE dipasangkan pada ‘CD-ROM’ dan pada ‘motherboard’.
-Sambungkan kabel ‘power supply’ pada ‘CD-ROM’.
-Pasangkan kabel ‘power supply’ pada ‘motherboard’.
-Periksa kembali segala perkakas yang telah dipasang supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.
-Tutup semula penutup ‘casing’.

2 ulasan:

Asma'ul Husna

asma ul husna