salam

Rabu, 3 Mac 2010

Lahirnya Sekulerisme


“Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan
daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat”

Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan di antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama. Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) dimatikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kepentingan duniawi. Agama Kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyanyian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai di kawasan gereja sehinnga kini.

Urusan cara hidup bermasyarakat terus hanyut dengan berbagai-bagai teori dan ideologi. Kepercayaan kepada gereja semakin kurang dan gereja mulai kosong. Urusan perkahwinan yang selama ini masih lagi wujud melalui gereja semakin dilupakan. Sementara itu, pergaulan bebas yang tidak terkawal dan kini, ada Negara yang meluluskan perkahwinan sejenis dan institusi keluarga yang berpandukan agama semakin lemah fungsinya.

Ahli sains dan teknologi sudah berjaya mencapai kemajuan kebendaan. Mereka berjaya mencetuskan revolusi industri yang melahirkan pelbagai ciptaan baru bagi kemudahan perhubungan, pertahanan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. Mereka juga berjaya mencipta senjata pemusnah yang menjadikan manusia lebih ganas daripada binatang buas, mencipta bahan-bahan yang menghilangkan akal yang mengatasi arak dengan ciptaan berbagai jenis dadah yang merosakkan manusia.

Bidang industri dan pertanian menjadi semakin tamak hgaloba dan sanggup memudaratkan kesihatan dan memusnahkan alam sekitar. Ilmu pengetahuan dan rawatan perubatan yang semakin menjadi keperluan hidup manusia dijadikan sebagai satu perdagangan dan perniagaan tanpa rasa belas kasihan kepada golongan miskin, dan seterusnya manusia bertuhan diri sendiri dan gagal menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Allah Ta'ala telah berfirman;

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka tealah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Surah Ar-Rum: 41

Sesetengah pendapat cuba menipu dengan menegaskan sekularisme itu sebenarnya ilmu duniawi dan tidak bercanggah dengan Islam. Hakikatnya, sejarah itu yang menghasilkan pemisahan agama daripada urusan dunia dengan menolak kuasa agama dalam mempengaruhi urusan kehidupan terutamanya dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan. Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat.

Teori ini digunakan oleh gerakan Freemason dan rangkaian Zionisme yang menyokong Revolusi Perancis dan akhirnya melahirkan pelbagai ideologi ciptaan manusia. Nama-nama tokoh yang melahirkan teori dan ideologi itu seperti Darwin, Karl Marks, Adam Smith dan lain-lain.

Sumber:http://www.pmram.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna