salam

Ahad, 7 Februari 2010

Ibu Bapa Menderhaka Kepada Anak

Seorang ayah datang kepada Saidina Umar Bin Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a, untuk mengadu berkenaan anak lelakinya yang telah menderhaka terhadap dirinya.Khalifah Umar r.a pun memanggil si anak untuk menasihatinya.

Beliau mengingatkan si anak agar patuh dan taat kepada orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya. Lau si anak menjawab: "Wahai Amirul Mukminin(Saidina Umar adalah Khalifah pertama yang menggunakan gelaran 'Amirul Mukminin' yang bererti pemimpin orang mukmin), bukankah seorang anak mempunyai hak terhadap orang tuanya?"

"Sudah tentu," jawab Saidina Umarr.a.
"Apa hak tersebut, wahai Amirul Mukminin?"
"Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya serta mengajarkan al-Qur'an kepadanya," jawab Saidina Umar r.a.

"Wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua. Ibuku adalah seorang majusi(penyembah api). Dia memberikan aku nama Ju'al(yang bererti kotoran kumbang) dan dia tidak mengajarkan kepadaku satu ayat daripada al-Qur'an."

Kemudian Saidina Umar r.a menoleh ke arah bapa kepada anak tersebut dan berkata: "Engkau datang kepadaku untuk mengadu ketidaktaatan anakmu, sedangkan engkau sendiri terlebih dahulu gagal melaksanakan hak dan tugasmu kepada anakmu sendiri. Engkau terlebih dahulu melakukan keslahan kepadanya sebelum ia melakukan kesalahan kepadamu."

Selama ini kita sering membicarakan anak menderhaka kepada ibu bapanya tetapi jarang sekali kita memperkatakan ibu bapa menderhaka terhadap anaknya seperti disini di bawah ini:

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini. –myMetro

Kejadian di atas memang menyayatkan hati sesiapa yang membacanya.


Dan mungkin inilah implikasi ibu bapa menderhaka terhadap anaknya seperti dibawah ini:

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

Walau bagaimanapun, seharusnya kita sudah menemukan ubat mujarab untuk menyelesaikan gejala yang tidak sihat seperti tadi. ianya perlulah bermula dengan kita kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.Insya-Allah bukan sahaja gejala seperti diatas dapat kita atasi, tetapi juga dapat membasmi gejala dan budaya negatif yang melada masyarakat Islam pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asma'ul Husna

asma ul husna