Ustaz Hasan al-Banna datang ke Mahlah Kubra. Khemah yang besar telah dipasang di kawasan tanah lapang. Masyarakat dari pelbagai daerah diundang untuk hadir. Para anggota Ikhwan bercakap dengan tema ceramah yang berbeza, kemudian ditutup dengan ceramah Ustaz Hasan al-Banna. Ketika Ustaz Hasan al-Banna hampir menyelesaikan ceramahnya, terjadin satu pergaduhan. Tetapi Ustaz bersama anggota Ikhwan yang lain Berjaya menenangkan para hadirin agar tidak beralih perhatian dengan pergaduhan itu. Beberapa anggota parti Wafd di Mahlah ingin merosakkan majlis yang dianjurkan oleh Ikhwan dengan mencuba menarik perhatian para hadirin kepada pergaduhan tersebut. Dengan berlakunya pergaduhan dalam majlis besar itu, mereka ingin menonjolkan imej yang buruk tentang Ikhwan.
Khamis, 9 Februari 2012
Rabu, 8 Februari 2012
Dua Peristiwa Penting Setelah 20 Tahun Ikhwan Ditubuhkan
Antara aktiviti penting yang berlaku waktu itu adalah beberapa pertemuan yang diadakan untuk memperingati 20 tahun tertubuhnya Ikhwanul Muslimin. Harian al-Ikhwan diterbitkan secara khusus untuk memperingati majlis-majlis peringatan ini dengan jumlah yang banyak. Didalamnya mengandungi latar belakang sejarah Ikhwan, aktiviti-aktiviti Ikhwan dan peranan mereka dalam masyarakat. Majlis peringatan ini juga diadakan di beberapa tempat di Mesir. Aku mendapat tugas untuk terlibat dalam beberapa majlis di pelbagai tempat.
Rabu, 4 Januari 2012
Ombak Rindu Filem Hot Masa Kini
Saya tidak tahu di mana nak mula. Untuk memilih perkataan dan menyusun ayat terasa sukar. Beberapa lama saya berdebat dengan diri sendiri – perlukah saya menulis tentangnya, apakah isu ini terlalu picisan untuk dikedepankan dalam blog ini, risiko saya akan mengguris hati orang, atau nampak macam extreme dll. Sungguhpun terasa sesak dada ini, namun akhirnya hati saya tetap merasa terpanggil untuk berbicara, kerana saya memandang isu ini berat sekali.
Ahad, 27 November 2011
Hijrah Dalam Konteks Masyarakat Malaysia
Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang warga negaranya terdiri dari satu bangsa atau satu kaum sahaja. Kata-kata politik yang mendakwa Malaysia itu unik kerana ia adalah sebagai negara berbilang bangsa yang aman damai tidaklah tepat kerana hampir semua negara mempunyai masyarakat berbilang bangsa, kaum dan suku kaum.
Harimau Mati Meninggalkan Belang,Manusia Mati Meninggalkan Nama
Siapakah Adnan Menderes?
Adnan Menderes adalah anak kepada seorang tuan tanah di Aydin,Turki yang telah dilahirkan pada 1891 di penghujung era Daulah Uthmaniyah. Beliau adalah seorang graduan di bidang perundangan daripada Law School of Ankara University.
Dengan bakat kepimpinannya yang tinggi, beliau telah dibawa masuk ke dalam Republican People’s Party (RPP) oleh pemimpin utamanya Mustafa Kamal Atatürk pada tahun 1935. RPP yang merupakan parti kerajaan pemerintah adalah satu-satunya parti yang legal di Turki pada ketika itu.
Isnin, 24 Oktober 2011
JENIS-JENIS HIBURAN ZAMAN RASULULLAH
Ada beberapa macam permainan dan seni hiburan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. Di mana hiburan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. Hiburan-hiburan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.
Di antara hiburan-hiburan itu ialah:
Jumaat, 19 Ogos 2011
Benarkah Saidina Umar Menghukum Anaknya?
Kisah Abu Syahmah, anak Sayyidina Umar r.a. menerima hukuman had (hudud) daripada ayahnya khalifah Umar r.a. kerana telah berzina adalah satu kisah yang tersebar dengan meluas sekali dalam masyarakat Islam di mana-mana jua. Ia bukan sahaja disampaikan oleh tuan guru-tuan guru, ustaz-ustaz dan pensyarah-pensyarah di dalam ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah mereka yang tertutup malah kerapkali juga dikumandangkan oleh khatib-khatib menerusi khutbah-khutbah Jumaat.
Langgan:
Catatan (Atom)


